Total Pageviews

Monday, December 27, 2010

“Blogger Of The Day 2DayBlogger.Com! Adakah Saya Orangnya?

“Blogger Of The Day 2DayBlogger.Com! Adakah Saya Orangnya?

Ya! Memang aku lah orang nya. Masih baru dalam bidang nie namun ada cita2 yan tinggi untuk berjaya sebagai seorang blogger tegar. Bermula agak lambat tak macam orang lain. Dah nak dekat penghujung tahun 2010 baru aku start blogging. Namun itu bukan alasan untuk aku tak menyertai contest nih.

Kenapa aku layak menjadi Top Blogger?

Jawapan tu cuma ada pada pihak korang, so korang lah buat penilaian...

Aku terlalu baru untuk tampil yakin sedemikian rupa. Haha...
Maka dengan itu, aku harap korang adili aku sebaik mungkin.

Kerjaya aku sebagai Navy merupakan kerjaya utama dan blogging adalah kerjaya sampingan. Pun begitu aku berharap dapat menjadi blogger tegar sama seperti Encik Faisal Abdullah, insya allah suatu hari nanti.
Perjalanan sebagai seorang blogger tak dapat aku nyatakan disini kerana masih terlalu awal untuk bercakap soal tuh.

Meskipun begitu aku dapat rasa sama susah, sama payah seperti blogger2 lain. Betul la orang cakap bukan senang nak senang sebenarnya. Kita cuma usaha, keputusan di tangan Nya. Harap aku dapat menghasilkan entry terbaik dan bermanfaat untuk dikongsikan dengan pembaca2 di luar sana. Adioas!

15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST


Pertama tamanya terima kasih kepada Encik Faisal Abdullah kerana membuka peluang berharga ini untuk blogger2 di luar sana op kos termasuk aku lah dengan mengadakan contest


Sebelum ni pun memang ada usha2 kat blog dia...
Macam2 entry beliau buat untuk tolong blogger lain tingkatkan trafik di samping menaikkan trafik beliau sendiri...
Tahniah Inchik Pacik Trafik kita!!!
( hi hi gurau jer..)

Apa yang diperkatakan beliau semua nya benar belaka.
Ramalanku benar belaka~!

Kalau korang btul2 nak naikkan trafik ke dalam blog, kena la buat entry yang berkualiti.
Nak dapat entry berkualiti kena la ada gaya penulisan yang baik macam aku
keh keh keh
Nak lagi best guna la ayat berbunga cinta...
Tak pon letak gambar2 yang memukau jiwa pembaca...
Last sekali pandai2 lah korang nak buat apa pun...
Jangan jadik blog tak cukup siap macam Pya Mie dah la
muahahaha


Paling best bila beliau cakap macam nih :
 " Jadi apa yang saya buat untuk dapatkan visitor lebih 1000 ini?Adakah saya selalu berblogwalking?TIDAK,seminggu ini saya tidak berblogwalking. Nak tahu caranya korang godek lah blog ini.Banyak tutorial untuk meningkat trafik yang telah saya kongsikan. "

Thnx bro!
Orang pertama yang akan aku contact ko lah!
Sebab ko berjaya naikkan trafik aku! Jeng3!


Wednesday, December 15, 2010

Saga FL tampil lebih sporty

Perubahan reka bentuk luar, lebih bergaya dan berjiwa muda

PROTON Holdings Bhd (PROTON) memperkenalkan Saga FL yang ditampilkan dengan reka bentuk lebih bergaya dan dinamik untuk meneruskan kejayaan model sedan popularnya itu yang dilancarkan kira-kira tiga tahun lalu.

Penggayaan semula model itu membabitkan perubahan reka bentuk luarnya yang

lebih bergaya, terkini, sporty dan berjiwa muda bagi membolehkannya terus menarik perhatian pembeli muda.

Saga versi baru yang ditampilkan dalam dua varian iaitu 1.3 Standard dan 1.3 Executive, masing-masing dengan transmisi automatik dan manual itu dijual pada harga antara RM1,000 dan RM1,300 lebih tinggi daripada versi terdahulu.

Harga bagi varian 1.3 Standard manual adalah RM37,998 seunit, manakala 1.3 Standard automatik pada RM40,998.

Varian 1.3 Executive manual pula dijual pada harga RM40,698, manakala 1.3 Executive automatik pada RM43,298 seunit.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata penghasilan Saga FL itu menggambarkan falsafah perniagaan baru PROTON iaitu memberikan kepuasan kepada pengguna dengan sentiasa menghasilkan model terbaru yang lebih baik. 
“Sambutan luar biasa terhadap Saga versi sedia ada mendorong kami untuk lebih bersemangat menjadikan model yang sudah sedia baik itu menjadi lebih baik,” katanya pada majlis pelancaran Saga FL baru di Shah Alam, semalam.

Syed Zainal Abidin berkata, PROTON menyasarkan menjual 6,500 unit model itu sebulan.

Katanya, sejak diperkenalkan pada Januari 2008, Saga terus melonjakkan kedudukannya untuk menjadi kereta kedua paling laris di Malaysia dengan purata jualan 6,200 unit sebulan.

“Sehingga Oktober lalu, kami sudah menjual 204,150 unit Saga,” katanya. sambil menjelaskan, jualan Saga FL baru sebanyak 6,500 unit sebulan itu membolehkan PROTON mencapai sasaran jualan 75,100 unit keretanya dalam tahun kewangan 2010/11.

Saga FL didatangkan dalam enam pilihan warna. BERITA HARIAN

Saturday, December 11, 2010

Lirik Dadali Band : Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta....


Friday, December 3, 2010

Harga RON95, LPG, gula pasir diselaras hari ini

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi. 

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata penyelarasan semula harga barangan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya mencecah RM1.18 bilion di samping mengimbangi defisit kewangan negara.
Kali pertama penyelarasan harga bahan berkenaan dilakukan pada 16 Julai lalu dengan petrol dan diesel diselaraskan lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), sekali gus membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta dalam Program Rasionalisasi Subsidi kali pertama. 

Idris berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. 

Beliau berkata, harga RON 95 dan diesel di Indonesia masing-masing RM2.46 seliter dan RM2.50 seliter, Singapura (RM4.36 dan RM3.18) dan Thailand (RM4.25 dan RM2.96). 

Harga LPG dan gula pula masing-masing RM2 sekilogram dan RM3.50 sekilogram di Indonesia, Singapura (RM6.42 sekilogram dan RM3.80 sekilogram), Thailand (RM1.93 sekilogram dan RM2.80 sekilogram). 
Beliau berkata, rasionalisasi subsidi ini perlu dilakukan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi negara dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. 

Katanya langkah itu selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu meningkatkan pendapatan negara kasar perkapita kepada RM46,500 (AS$15,000) menjelang 2020. 

Bagi mencapai jumlah itu, Keluaran Dalam Negara Kasar perlu meningkat sekurang-kurangnya enam peratus setahun dan ini akan membolehkan pendapatan negara meningkat menerusi cukai dikutip," katanya. 

Beliau berkata, pengurangan perbelanjaan subsidi itu akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif dan program dalam Pelan Program Transformasi Kera- 
jaan (GTP) yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat. 

Semua subsidi sebelum ini tidak menepati sasaran kerana ia turut memberi faedah kepada mereka yang tidak layak dan tidak sepatutnya mendapat subsidi. Dengan penyelarasan ini, perbelanjaan yang dapat dijimatkan boleh digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, katanya pada sesi penerangan kepada media mengenai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi itu, di sini, semalam. 

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. sumber:Berita Harian